Selasa, 22 April 2014

EKSKLUSIF! Masalah Pelajar Kedah di Jordan akan diperhalusi! - @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah



Sebelum ini Pemuda UMNO Kedah ada membawa isu tentang masalah pelajar Kedah di Jordan. Masalah ini terjadi apabila 3 universiti utama mereka menaikkan harga yuran pelajaran.



Seminggu yang lalu, permasalahan yang di hadapi pelajar-pelajar Kedah berkenaan kenaikan kos pembelajaran oleh beberapa Universiti di Jordan telah mendapat perhatian Pemuda UMNO Kedah yang diketuai Dato' Shaiful Abidin dan Pemuda UMNO Kedah telah bertindak bertemu sendiri dengan pelajar-pelajar Kedah yang berada di Jordan bagi mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi mereka dan cuba membantu pelajar-pelajar terbabit.

Permasalah pelajar terbabit telah dibawa masuk oleh Pemuda UMNO Kedah ketika mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kedah yang di pengerusikan oleh YAB Dato'Seri Mukhriz Mahathir semalam, dan YAB Dato' Seri Mukhriz Mahathir dalam kenyataannya selepas mensyuarat terbabit akan memperincikan bagi mengenal pasti penyelesaian yang sesuai untuk membantu pelajar2 terbabit.


Pemuda UMNO Kedah yakin masalah pelajar di Jordan akan dapat diselesaikan dengan segera: 

Pemuda UMNO Negeri Kedah menghargai keperihatinan YAB Menteri Besar yang mengambil tanggungjawab untuk membuat penelitian terhadap beberapa cadangan Pemuda UMNO Negeri Kedah bagi menyelesaikan bebanan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Kedah di Jordan. 
Secara dasarnya hasil pemantauan dan maklum balas yang telah diterima oleh Pemuda sewaktu lawatan dan dialog adalah

1) Kenaikan lebih daripada 100% yuran pengajian dan kos-kos lain termasuklah kos penginapan, perubatan, buku-buku dan keperluan seharian akibat kebanjiran pelarian Syria serta masalah ekonomi dalaman kerajaan Jordan.

2) Pelajar sering menerima pinjaman agak lambat dan keadaan ini berlanjutan hingga keakhir semester.

3) Keadaan keselamatan dimana sering berlaku pencabulan seksual dan layanan "double" standard oleh pihak keselamatan Jordan.

Jesteru itu Pemuda UMNO Kedah mengusulkan beberapa cadangan dan langkah untnk penelitian dan tindakan YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri.
1) Kenaikan bantuan pinjaman Yayasan Islam daripada RM5,000 kpd RM8,000 untuk satu semester. Jumlah ini dilihat mampu sedikit sebanyak menyelesaikan permasalahan kewangan dan kenaikan harga yuran pengajian.

Pihak Pemuda UMNO menyarankan agar pihak Pusat Zakat negeri juga mengambil langkah yang serupa menaikkan "dermasiswa" yang sedia ada daripada RM6500 ke RM8,000.

2) Menukar status daripada "Pinjaman" kepada "Biasiswa" sekiranya seseorang pelajar tersebut mendapat keputusan yg cemerlang.

3) Menurunkan "Caj Perkhidmatan" daripada 4% ke sekurang-kurangnya 2%. Pemuda berpandangan Caj perkhidmatan yg dikenakan adalah terlalu tinggi dan perlu diberi pengurangan.

4) Memperkenalkan baucer buku khas untuk para pelajar - Pemuda melihat tindakan ini mampu mengurangkan beban harga buku yang semakin meningkat di Jordan. Sehingga kini hanya pelajar Universiti dan Kolej tempatan sahaja yang menerima "Baucer Buku 1Malaysia"

5) Mewujudkan tuntutan penerbangan - Pemuda UMNO Kedah mencadangkan agar pihak Yayasan Islam menanggung tiket penerbangan yang memulakan pengajian dan pelajar yang telah tamat pengajian.

6) Pemuda UMNO Negeri mencadangkan atas faktor bilangan pelajar Kedah dibawah Yayasan Islam yg agak signifikan, pihak Yayasan perlu mewujudkan sebuah sekretariat khas atau penyelia tetap di Jordan. Sehingga kini Pemuda difahamkan bahawa pihak Yayasan hanya mempunyai sekretariat di Mesir. 
Dato' Shaiful Hazizy Zainal Abidin
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang dok hantar pi Jordan, Mesir, middle east ni semua pa benda UMNO bodoh oi? Tu semua kem2 untuk training budak2 PAS. Bila Abu Nawas ni semua balik jadi Taliban ataupun pemecah belah umat. Buang duit saja.