Khamis, 3 April 2014

HOT!! @MukhrizMahathir KECAM Pihak Khianat Bangunan UMNO Kedah! #HanyaDiKedah


Kenyataan Media dari Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah, Dato Seri Mukhriz Mahathir mengenai tindakan khianat dan provokasi individu yang tak bertanggung jawab menconteng Bangunan UMNO negeri dan beberapa UMNO bahagian.

Kenyataan Media beliau dibaca oleh Setiausaha Kerja UMNO negeri, En Haris Che Mat kerana Dato Seri Mukhriz diluar negeri menunaikan tugas kerajaan.

KENYATAAN MEDIA

Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menconteng dinding Bangunan Tunku di Alor Setar yang menempatkan Ibupejabat Umno Negeri Kedah.

Bukan sahaja ia mencerminkan kedangkalan minda pelakunya, malah perbuatan itu menyimpang jauh dari amalan demokrasi dan budaya penuh hemah, toleransi dan saling menghormati yang sepatutnya didokong oleh semua pihak dalam berpolitik.

Perjuangan politik yang berkesan dan bermatlamat memerlukan individu-individu yang berkeperibadian tinggi, berfikiran jauh dan berpegang pada nilai-nilai sosial yang murni. Perbuatan merosakkan harta benda dan cubaan meniup api kemarahan pihak lain bukan sahaja bercanggah dengan nilai-nilai murni tersebut malah ia juga ditegah oleh Islam.

Saya bimbang jika hasutan sesetengah pemimpin akan menggalak para penyokong mereka menjadi taksub dan hilang pertimbangan sehingga sanggup bertindak di luar batasan. Jika tidak dibendung dengan segera, adalah dikhuatiri ia boleh menimbulkan masalah yang lebih rumit dan sukar ditangani sehingga merugikan semua pihak, khususnya rakyat Negeri Kedah Darul Aman.

Saya memahami perasaan penyokong-penyokong UMNO ketika ini ekoran insiden tersebut tetapi saya menyeru semua penyokong UMNO supaya berfikiran rasional, bertenang dan bersabar dalam menghadapi provokasi ini. Jangan pula penyokong UMNO terikut-ikut dengan sikap tidak bermoral pihak yang dangkal akal dan fikiran itu.

Pada masa yang sama, sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan selaku Menteri Besar Kedah Darul Aman, saya menyeru pihak polis supaya sentiasa mengawasi pejabat-pejabat semua parti politik supaya insiden yang menimpa Umno Negeri Kedah tidak berulang.

Harapan saya semoga kita berpolitik secara sihat dan beradab, menegakkan perjuangan dan fahaman dengan ikhlas dan saling menghormati dengan berpaksikan pada nilai-nilai sosial yang murni, demi agama, bangsa dan tanahair.

Sekian.

DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah
Menteri Besar Kedah Darul Aman

Tarikh : 3 April 2014

Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah Dato Shaiful selaku Ketua Pemuda Kedah, YB Mahadzir Naib Ketua Pemuda, Syed Hafiz SU Pemuda, Syed Johan, Fadil, Ismail mewakili Ketua2 Pemuda Bahagian.



Pemuda UMNO Kedah memberi amaran pada individu yang melakukan kerja kotor ni.

Kalau berani silalah buat lagi!

McTheory:
Kalau kena 'cepuk' jangan salah kami..

Tiada ulasan: