Selasa, 22 April 2014

HOT!! Tunduk hormat, Anwar Ibrahim SEBARKAN Hadis Palsu? @realDrMAZA @TeamWardina


Ramai orang berdebat mengenai hormat kepada mendiang bukan Islam. Puak PR gunakan hadis Anwar untuk melawan hujah, kononnya boleh. Bila kita tegur kata tak boleh, puak dia melenting. Tapi apa yang Abu Aqiff dedahkan ni memang patut disebarkan. Supaya umat Islam di Malaysia tak kena tipu dengan Anwar lagi!





Komen Abu Aqif: Posting sebelum ini Anwar Ibrahim mendapat kecaman hebat dari orang Islam di Malaysia kerana sekali lagi beliau dirakam melakukan ritual tunduk sembah mayat di upacara kematian mendiang Karpal Singh. Lihat di sini.

Seperti yang telah dijelaskan perbuatan tersebut adalah berdosa. Namun Anwar Ibrahim tidak dapat menerima teguran bahawa perbuatannya itu sesuatu yang haram dengan berdalilkan hadith yang asalnya sahih namun telah dipalsukan oleh beliau secara terang-terangan di ceramah Pakatan Rakyat pada 20 haribulan yang lalu seperti dalam rakaman di atas.





Hadith yang sahih sebelum dipalsukan oleh Anwar Ibrahim adalah seperti berikut:

Dari ‘Abdurrahmaan bin Abi Lailaa, ia berkata: Sahl bin Hunaif dan Qaid bin Sa’d pernah bertugas di Al-Qaadisiyyah. Telah lalu jenazah di hadapan mereka, lalu keduanya pun berdiri. Dikatakan kepada mereka berdua: “Sesungguhnya jenazah itu adalah orang dari kalangan Ahludz-Dzimmah. Mereka berkata: “Sesungguhnya pernah lalu satu jenazah di hadapan Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, lalu beliau berdiri. Dikatakan kepada beliau: ‘Sesungguhnya ia adalah jenazah orang Yahudi’. Beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Bukankah ia juga manusia” [Diriwayatkan oleh Bukhaariy no. 1313, Muslim no. 960, An-Nasaa’iy no. 1921, dan yang lainnya].

Ada banyak hadith sebegini telah diriwayatkan samada sahih atau lemah namun tidak ada satu pun yang meriwayatkan Nabi menundukkan kepala kepada mayat yahudi tersebut. Lihat perbahasan ilmiah seputar hadith Nabi berdiri hormat jenazah di sini.

Jelas di sini Anwar Ibrahim telah melakukan satu pendustaan ke atas Nabi dengan memalsukan hadith baginda shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Tidak perlulah bercerita panjang dan berdalih jika ianya melibatkan pendustaan ke atas Nabi. Kami menasihatkan supaya Anwar Ibrahim bertaubat, menarik balik kata-katanya.

Janganlah ingin membenarkan perbuatannya melakukan ritual tunduk sembah mayat di upacara kematian mendiang Karpal Singh, maka beliau sanggup berdusta ke atas Nabi. Sesungguhnya Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah memberi amaran yang sangat keras berkenaan hal ini:

“Barangsiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempat duduknya di dalam neraka” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari – no: 109]



Sebagai umat Islam kita mesti sensitif apabila seseorang berdusta ke atas Nabi sebegini. Perkara ini tidak boleh diambil mudah. Dan kami memohon JAKIM atau pihak berkuasa mempercepatkan proses mewartakan undang-undang berkenaan isu hadith ini.

Tidak perlu berasa malu jika tidak melakukan ritual tersebut. Jika kita mempraktikkan tuntutan agama Islam dengan tidak tunduk sembah mayat Karpal Singh, tidak bermakna kita tidak menghormati agama mereka.





Dr Asri taknak komen apa-apa ka? Takkan diam saja? Nak jadi Ulamak bisu ka?





McTheory:
Asri? Wardina? Abby? sapa lagi? kaki komen tu.. taknak ka? heh..

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana geng-geng wardina dan asri ni? sembunyi bawah meja ke?

Tanpa Nama berkata...

Yg ngaji hadis tak abis tu boleh tuduh ust don bawak hadis palsu (yg sbnrnya bukan palsu, cuma tak cukup syarat utk disahkan ke derjat sahih), yg bang non ni ape citer, yg mmg konfirm palsu, tak bg nasihat ke ?

Tanpa Nama berkata...

Bukan palsu lg, mungkar !

Tanpa Nama berkata...

Kahkah...anwar tarik diri dr bertandig presiden pkr...dan wan azizah menang tnpa bertanding....klu dah dasar babi dayus x bgi org lain jdi presiden pkr selain kluarga beliau sendiri...beemacam tektik d lakukan oleh gay tua ni...bodoh punya pengikot yg jilat lubang taik anwar ni...

Tanpa Nama berkata...

Meliwat pun merupakan satu tindakan yang membawa seseorang itu menempah tempat duduk di neraka.

Tanpa Nama berkata...

Daripada Abu Sa’id al-Khudri daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: “Apabila kamu melihat jenazah maka bangunlah. Sesiapa yang mengiringinya maka janganlah dia duduk sehingga jenazah diletakkan [1]. (al-Bukhari, no: 1310, Muslim, no: 959)

Daripada ‘Amir bin Rabi’ah daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: “Apabila kamu melihat jenazah maka bangunlah sehingga ia melintasi kamu.” (al-Bukhari, no: 1307)

Daripada Jabir bin ‘Abdullah katanya, “Jenazah melintasi dekat kami lalu Rasulullah s.a.w. bangun dan kami juga bangun. Kami berkata, “Wahai Rasulullah itu jenazah yahudi.” Baginda bersabda: “Apabila kamu melihat jenazah maka bangunlah.” (al-Bukhari, no: 1311)

Daripada Abu Ma’mar katanya, “Kami berada bersama dengan ‘Ali tiba-tiba lalu satu jenazah maka mereka bangun berdiri. ‘Ali berkata: “Berdiri apakah ini?” Mereka menjawab: “Perintah Abu Musa (al-Ash’ari).” ‘Ali menjawab: “Sebenarnya Rasulullah s.a.w. berdiri kerana jenazah yahudi perempuan tetapi baginda tidak lagi mengulanginya.” (al-Nasa`i, no: 1925)

Daripada ‘Ali bin Abi Talib katanya, “Rasulullah s.a.w. ada memerintahkan kami supaya berdiri kerana jenazah lalu kemudian selepas itu baginda duduk dan memerintahkan kami supaya duduk.” (Ahmad, no: 623) [3]

Jelas la Rasulullah SAW cuma berdiri utk menghormati mandat besar yg di beri kepada mailaikat maut yg mencabut roh-roh manusia sahaja. Perkataan tunduk langsung tidak ada di dalam hadis-hadis yg tertera seperti di atas.

Kesian DSAI ... kalau nak menipu pun agak-agak la.