Isnin, 14 April 2014

HOT!! Untuk Laksanakan Hudud, Pas Perlu Restu Dari DAP dan PKR??


Hudud : PAS Perlu Sokongan 40 Ahli Parlimen Bukan Islam PR – PAS bakal berdepan kesukaran dalam melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana dijangka ditentang DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak mahu berganjak daripada keputusan mereka menolak pelaksanaan hukum itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata PAS perlu mendapatkan sokongan 40 anggota Parlimen bukan Islam termasuk DAP dan PKR agar persetujuan dua pertiga di Dewan Rakyat diperoleh bagi melaksanakan hukum itu di Kelantan.

Beliau berkata 30 anggota Parlimen PAS dan 79 Anggota Parlimen Umno ketika ini masih belum cukup kerana untuk mendapat majoriti dua pertiga memerlukan 148 undi.

“Perkara ini bukan soal kaum atau agama tetapi pelaksanaannya memerlukan persetujuan semua kaum. Kalau PAS masih mendapat bantahan DAP dan PKR, maka masalah ini perlu diselesaikan terlebih dahulu,” katanya selepas merasmikan bangunan baru, 

Hari Keusahawan dan Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sultan Abu Bakar di sini, Ahad petang.

Sebelum ini kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah

McTheory:
Mampukah Pas memujuk rakan-rakan seperjuangannya untuk memyokong hudud?

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Umno tolak hudud kafir..
pkr tolak hudud islam rakan sebantal lagi.
podahhhh....cittt...

Tanpa Nama berkata...

Parti tak ada pegangan..
mcm lalang ikut angin...

Unknown berkata...

Parti yg nk babitkn nama ISLAM ni "wajib" ikut sunnahtullah dn sunnah rasul didlm semua sudut. Ketua harus kepala sejuk utk jdkn ikhtibar dn tauladan kpd kawan dn lawan. Dah namanya imam. Yg lain makmumlah. Apa yg kita diperlihatkn, nastaghfirullahal azim, jauh panggang dr api...! Strategi dn meticulous mereka spt tak lulus matematik. Congak dn cara brpolitik mereka mcm kerbau marah ilang tanduk, nampak je merah sondol... A big joke... Hikmah dn kebijaksanaan sbhg pemimpin2 mereka tak menampakkan cerdik dn pintar didlm gelanggang masyarakat awam apalagi dunia. Dendam dn irihati spt tak dpt dikawal. Kata mohon maaf dr pihak mereka kita tak pernah dengarpun... Jauh dr sifat2 mulia dn terpuji yg boleh kita banggakan sbg ummah yg mulia disisiNya. Standard mereka maaf ckp... Mcm org tak brtamadun dn mau menghormati org lain yg seagama dn sebangsa. Mereka segan nk ngaku sebangsa kononnya kerna pakaian mereka putih dn hijau...TAPI....tak mau paham yg mana bersih dn yg mana suci... Keras hati tak bertempat... Now, kita tengok je lah mereka2 ni yg tak boleh ditegur dn tak mau berbaik... Tanggunglah akibatnya dunia akhirat...jika jalan damai dah tak ada didlm hati2 mereka yg keras mcm batu gunung tu...

berasiam berkata...

betul ke ulasan razali ibrahim ni. sebagai lulusan undang-undang ukm, razali sepatutnya lebih memahami isu yang berkaitan undang-undang dan perlembagaan.

pas bertindak berdasarkan kajian undang-undang lulusan uk bahawa pelaksanaan hudud tidak memerlukan pindaan perlembagaan. kajian ini telah dibentangkan kepada kerajaan kedah dan kelantan yang dikuasai pas beberapa tahun lepas tetapi tidak mendapat respon yang sewajarnya. selepas pertukaran kepimpinan negeri kelantan, nampaknya kajian berkenaan diberikan perhatian lebih serius. maka langkah pas mahu membentangkan undang-undang persendirian di parlimen adalah lanjutan daripada hasil kajian berkenaan.

oleh yang demikian, tidak perlu majoriti dua pertiga kerana tidak melibatkan pindaan perlembahaan. cuma perlu majoriti mudah sahaja di parlimen untuk meluluskan undang-undang. maknanya, pas tidak memerlukan sokongan hingga 40 orang wakil rakyat rakan sekutunya sekiranya semua ahli parlimen umno menunaikan janji untuk menyokong pembentangan itu. yang diperlukan hanya sebanyak 3 undi lagi, anwar ibrahim, nurul izzah dan khalid ibrahim kot.

barangkali razali perlu menyemak semula fakta sebelum mengeluarkan kenyataan.

Tanpa Nama berkata...

Ulasan yang cantik bro...

Tanpa Nama berkata...

Hahaha..anak hanjing nk dpt kan kelulusan kafir laknat utk laksanakan hukum ALLAH..sumpah aku tak akan undi PAS lg PRU14