Rabu, 9 April 2014

INFO!! Kementerian akan wujudkan Akta Untuk Mengawal Pengeluaran Herba negara! @IsmailSabri60 #Dsis



KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bercadang mewujudkan satu akta bagi menyekat tindakan membawa keluar bahan herba komersial demi memelihara industri herba negara.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengwujudan akta itu sekaligus mengelakkan kerugian besar kepada negara terhadap produk herba di mana tiada undang-undang khusus yang membolehkan kerajaan berbuat demikian.

Akta sekatan itu katanya akan diambil daripada Akta Biodiversiti yang kini dilaksanakan di Sarawak di mana apa sahaja tumbuhan di negeri terbabit tidak boleh dibawa keluar oleh sesiapa.

“Majlis Pembangunan Herba Negara membuat keputusan untuk kita mengkaji supaya dapat mewujudkan satu akta khas untuk menyekat pengeluaran herba keluar negara secara mentah.

“Ini kerana kita dapati banyak produk daripada negara kita yang dibawa keluar negara secara mentah kemudian dibuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta dipatenkan, jadi ini merugikan kita,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Herba Negara di Wisma Tani hari ini.

Beliau berkata, cadangan akta berkenaan akan dibentang di Parlimen secepat mungkin.

Pihak kementerian juga katanya akan bekerjasama dengan Kastam Diraja Malaysia untuk menyenaraikan beberapa barangan herba barangan tersebut terus dibawa keluar dari Malaysia.

Untuk pembangunan industri herba, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM533 juta setahun yang akan diagihkan kepada penanam herba di seluruh negara.

“Produk yang dikeluarkan setakat ini sudah ada 16 produk seperti Kacip Fatimah, Misai Kucing, Tongkat Ali dan lain-lain lagi. Kita akan perluaskan.

“Sementara itu, terdapat dua produk daripada syarikat yang telah melalui proses R&D di mana ia telah mula masuk ke pasaran,” kata Ismail.

Sebanyak 17 kawasan sudah diwartakan sebagai kawasan penanaman herba di seluruh negara melibatkan 233 usahawan tani.

Nilai pengeluaran hasil tanaman herba didapati meningkat daripada RM1.1 juta pada akhir 2012 kepada RM2.3 juta pada akhir tahun lalu.

Namun kementerian menyasarkan pendapatan sejumlah RM2.2 bilion menjelang 2020 memandangkan produk akhir berasarkan herba kian mendapat permintaan tinggi terutamanya daripada China.

TERMA RUJUKAN MAJLIS PEMBANGUNAN HERBA NEGARA

1. Merangka dasar, hala tuju strategik dan pelan tindakan pembangunan industri herba;
2. Memantau pelaksanaan pelan tindakan pembangunan industri herba;
3. Menyelaras pelaksanaan pembangunan industri herba negara yang melibatkan pihak jabatan/agensi kerajaan, kerajaan negeri dan swasta;
4. Menyediakan dan mengenalpasti peraturan-peraturan atau garis panduan yang berkaitan dalam pembangunan industri herba; dan
5. Menimbangkan penubuhan entiti/struktur organisasi berkaitan pembangunan industri herba.

Dibawah EPP#1 ( Produk Herba Bernilai Tinggi )

 18 herba terpilih telah dikenal pasti untuk diberi tumpuan dan keutamaan :

1. Tongkat ali
2. Kacip fatimah
3. Dukung anak
4. Hempedu bumi
5. Misai kucing
6. Pegaga
7. Roselle
8. Belalai gajah
9. Mengkudu
10. Halia
11. Mas cotek
12. Sireh/kaduk
13. Sambung nyawa
14. Merungai
15. Peria katak
16. Lempoyang
17. Gelenggang
18. Senduduk


McTheory:
Malaysia memang terkenal dengan herba-herba tradisional yang hebat. Kalau kita tak jaga dan kawal herba-herba ini. Sudah tentu negara lain yang akan kutip hasil. Baik kita kaji dan komersialkan herba kita. Daripada dok jual mentah, pendapatan pun tak bertambah.

Tiada ulasan: