Selasa, 15 April 2014

INFO! Ternakan Gamat Langkawi di Bangunkan Semula! @IsmailSabri60 #Dsis


Langkawi memang terkenal dengan gamat. Dulu ianya semulajadi dan pengeluar perubatan tradisional hanya mencari, menangkap dan mengunakan gamat untuk perubatan.

Bila industri gamat ni membesar, pasaran meluas dan permintaan pun semakin meningkat, gamat pernah hampir pupus di Langkawi ni.

Hinggakan ada nelayan yang cuba menternak secara kecil-kecilan namun ianya tak menjadi jika tidak dilakukan dengan betul. Bila Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani memberi fokus kepada ternakan gamat, Mc rasanya ianya tepat dan membangunkan semula industri yang boleh pupus jika tidak dijaga dengan betul.

Objektif utama projek ternakan gamat ini adalah untuk menambah pendapatan (sampingan) nelayan melalui aktiviti ternakan dan pemprosesan gamat, memulihara sumber gamat di Pulau Langkawi dan menjadi produk pelancongan.

Malaysia bersedia menjadi negara pengeluar gamat (Holothuria scabra) utama di dunia, khususnya bagi memenuhi permintaan China, Amerika Syarikat, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Dubai dan beberapa negara Arab yang lain.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keyakinan itu bersandarkan kepada potensi besar yang ditunjukkan tiga kawasan ternakan gamat yang dikenal pasti di Langkawi.

Katanya, bagi tujuan itu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk memulakan projek perintis ternakan gamat di Teluk Yu, Langkawi.

Keprihatinan Dato Sri Ismail untuk membangunkan industri gamat di Langkawi, merupakan satu berita baik pada nelayan di sana. Jika ianya membangun, sudah pastilah rakyat juga akan merasa kesan positif peningkatan ekonomi disana.

Dibawah, gambar sekitar lawatan Dato Seri Ismail Sabri ke Langkawi, melihat kawasan pembangunan ternakan gamat.



Tiada ulasan: