Isnin, 21 April 2014

PANASS!! Kontroversi Baddrol Bakhtiar Bakal Tinggalkan Pasukan Kedah? #HanyaDiKedah


Kontroversi Badrol Bakhtiar akan meninggalkan skuad hijau kuning? Katanya hendak berhijrah ke Pahang? Betul ka? Persoalan ini menjadi buah mulut peminat bola sepak tempatan. Ada yang kecewa dengan keputusan itu, namun ada juga yang menyokong kononnya demi masa depan Baddrol sendiri.

Semuanya berpunca dari 'tweet' Baddrol yang seolah-olah kecewa dengan prestasi pasukan Kedah.


Gundah gulana para peminat pasukan Kedah yang tidak mahu kehilangan pemain bintang yang juga nadi pasukan si Baddrol. Bagi mereka, kalau Baddrol tinggalkan pasukan Kedah, sudah tentu seri pasukan hijau kuning tersebut akan hilang.

Pelbagai andaian, teori, pandangan dan cacian mula dibuat oleh peminat keatas Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA). Sedangkan orang tak tahu masalah sebenar KFA ialah hantu-hantu tamak yang menganggap KFA tu seperti bapak depa yang punya.

Hantu-hantu tu dah lama menghantui KFA sehinggakan ramai pemain terbaik Kedah yang dulunya hebat, kini meninggalkan pasukan disebabkan tak tahan dengan perangai hantu yang mengawal segala pentadbiran pasukan Kedah.

Cerita pasal hantu semalam ada Mc sentuh, nak baca boleh klik SINI.

Sambung balik cerita Baddrol.

Baddrol sebenarnya tak berniat nak tinggalkan pasukan Kedah pun. Kita yang salah faham. Masa cuti perlawanan liga Malaysia ni, Baddrol dipanggil ke skuad nasional. tu saja..


Soo.. para peminat pasukan bola Kedah jangan risau. Baddrol masih setia dengan Kedah. Tapi kita mesti ingat, pasukan Kedah bukan hanya bergantung pada seorang. Mesti ada kerjasama barulah pasukan jadi kuat.

Tambahan lanie, ada info yang beritahu Mc, ada satu puak dalam KFA saja bagi pemain tak senang hati dan tak serius dalam perlawanan, sebab nak bagi Kedah kalah! Bila kalah, peminat akan marah dan salahkan Presiden atau kerajaan negeri.

Mc tak syak orang lain, Mc syak 3 ekor hantu dalam KFA tu. Selagi 3 ekor hantu tak keluar, selagi tu pasukan bola sepak Kedah takkan maju.

Kita guna kuasa penyokong untuk memberi tekanan pada atasan KFA supaya 3 ekor hantu boleh di SEPAK dari pentadbiran KFA.

Ingat noo nama-nama hantu KFA, sorang  nama Zul Che Harun, Zahari dan Syed Khairul!


McTheory:
Kalau nak Kedah main elok balik.. buang 3 ekor ni..

Tiada ulasan: