Selasa, 9 September 2014

HOT!! Phahrolrazi Kata Pasmaa.. he he..


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Zawawi, menafikan penubuhan sebuah parti baharu untuk menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat berikutan isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang semakin meruncing ketika ini.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) berkata, pertubuhan itu adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi fokus kepada isu politik tanah air dan cenderung kepada pengukuhan pakatan pembangkang.

Katanya, PASMA adalah NGO peringkat nasional yang ditubuhkan pada 10 Ogos lalu dan ia terbuka kepada semua pihak tanpa mengira latar politik tetapi mahu turut serta berbincang dan menyuarakan pandangan mereka mengenai isu membabitkan pengukuhan Pakatan Rakyat di luar konteks parti politik.

"Kita tidak ganti sesiapa dalam pakatan sebab kita bukan parti politik, saya sendiri masih bersama PAS dan tidak berganjak sampai sekarang.

"Cuma PASMA ini kita tubuhkan untuk bagi platform kepada mereka yang mahu berbincang hal hal politik atas kecenderungan untuk mengukuhkan pakatan.

"Kalau dalam parti ia agak terbatas sebab kita terikat kepada banyak perkara dan peraturan parti...agak terhad untuk kita berbincang.

"Jadi ini peranan PASMA kita bagi ruangan, kita bincang soal politik untuk kebaikan Pakatan Rakyat yang amat penting sebagai alternatif kepada rakyat.

"Pengukuhan Pakatan Rakyat ini, memberi pilihan kepada rakyat untuk memilih sama ada kerajaan atau pembangkang yang kuat untuk kestabilan negara," katanya ketika dihubungi di sini. -BH


McTheory:
Wayang apa lagi??. Biasa laa.. PASmaaa.. he he..

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hanya terbuka buat penyokong PAS Macai Anwar

Tanpa Nama berkata...

Baca artikel nie,boleh buat jem otak aku.Ketum, lebih berminat buat keputusan ikut ISA(ikut suka aku).Geng tahaluf siyasi tak tahu apa.Nak maen wayang pun,kena siapkan dialog yang baik2 dan sepakat.Seorang buat keputusan hanya di buat,sebelah pehak di luar kesepakatan,geng lain dah melompat dan naik angin.Negeri selangor dah huru hara.Keputusan lantik MB baru,dah jd satu ancaman pada parti masing2.Kesangsian semakin menebal.Nak ikut kata ketum atau konsesus tahaluf siyasi.Makin lama, makin bercelaru rakyat negeri.Dulu tak ada kuasa memerintah negeri kaya,sekarang dah ada.Tapi masih dlm keadaan kelam kabut.Politik PR milik siapa?Rakyat negeri atau kuasa domino keluarga ketum.Macam mana rakyat nak buat pilihan lain,kalau dah jadi macam nie.Dulu cakap bergegar, ibarat kain putih.Sekarang,warna kain dah kelabu dah masuk warna hitam.

Tanpa Nama berkata...

main gila gerakan KETUM dan pencacainya.
Sbb itulah Tun Mahathir tangkap KETUM ni dan bubuh dalam jail.

Seperti menangkap jin bubuh dlm botol. baru aman damai.
dan Ketua Polis Negara bubuh penumbuk kepada KETUM ni sbb jahat si KETUM ni merosakkan berktrunan rakyat.

tp bila KETUM ni dilepaskan inilah jadinya. kerosakan teruk. Sehingga PASngok pun boleh jd parti cwgn KETUM!

Tanpa Nama berkata...

PKR ingin menjadi parti yang solid yang menyebabkan PR tidak di daftarkan.Tujuanya adalah untuk menjadi parti pelbagai kaum yg terkuat dl negara dan boleh offer kepada mana2 gabungan utk membentuk kerajaan persekutuan.Ketum sendiri tak percaya pada dap dan pas.Kalau beliau serius dah lama berdaftar sebab indeologi 2 parti tu, sama pekat dan racist.