Khamis, 23 Oktober 2014

EKSKLUSIF! Akhirnya #LitarKedah jadi kenyataan! #KedahSerataRata @MukhrizMahathir #Kedah

Kerajaan Kedah MOU bersama SIC

Seperti yang dijanjikan, Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui oleh Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir menandatangani MOU dengan Sepang International Circuit untuk bina litar lumba antarabangsa di Kedah.

Litar lumba merupakan satu janji BN Kedah pada PRU yang lepas. Malah ianya kesinambungan janji dari kerajaan sebelum itu.

Insyallah Kerajaan negeri yang ada sekarang ni akan tunaikan janji secara berperingkat. Bukan mudah nak laksanakan projek mega. Sumber kewangan juga perlu kukuh.

Mengikut maklumat yang admin dapat, litar lumba ini bercirikan semua jenis track termasuk motorspot.

Selepas ini Kedah akan ada litar taraf dunia yg kedua di Malaysia. Malah akan ada pusat akademik utk melatih pelumba profesional.

Boleh la Mat Rempit yg ketagih merempit tu diajar cara yg betul-betul untuk merempit. Kali ni merempit diatas track dgn ciri-ciri keselamatan yang betul.

Siapa tahu, dari lumba jalanan, boleh ke The Speedway Great Britain. kann?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dlm. KEGHAIRAHAN meraikan projek MEGA Litar Kedah ni, apahallah JKM Jitra, UMNO dan Kem. Kesihatan ni - tak bantu BUMIPUTERA Islam/Melayu yg. miskin MISKIN dan MENDERITA mcm. ni, sampai terpaksa MENGEMIS kat org. awam?!

Lihat di - http://www.hmetro.com.my/node/3593 , Dilema keluarga Nor Aina, 23 Oktober 2014:

Jitra: Sepasang suami isteri merayu kepada orang ramai yang prihatin bagi membantu membiayai perbelanjaan bulanan anak perempuan mereka yang menghidap sejenis penyakit saraf sejak April lalu.

Anak keempat daripada enam beradik, Nor Aina Syazwana Husna A Amir, 8, dari Kampung Tanjong Kapur, di sini disahkan menghidap `Acute Necrotizing Encephalopathy Childhood’ (ANEC), selepas demam panas dan cirit birit pada 9 April lalu.

A Amir Abdullah, 44, berkata anaknya itu menerima rawatan 60 hari di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan tidak sedarkan diri 25 hari serta tidak boleh berjalan seperti sebelum ini.
A Amir yang bekerja sebagai peniaga air di tepi jalan, berkata dia dan isteri, Ku Zarina Ku Bahadun, 39, tidak boleh bekerja tetap kerana terpaksa memberi perhatian sepenuhnya kepada Nor Aina.

Anak saya perlu minum susu khas dan perlukan lampin pakai buang dan setiap bulan saya perlukan lebih RM500 untuknya. Saya mengharapkan bantuan orang ramai untuk saya membeli keperluannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.
A Amir berkata, pendapatan hasil perniagaannya hanyalah kira-kira RM40 sehari dan tidak cukup untuk menampung kehidupan anak-anaknya berusia tiga hinnga 16 tahun yang masih bersekolah.

“Saya ada minta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jitra tetapi mereka kata anak saya tak layak. Kad OKU (orang kurang upaya) dah dapat tetapi bantuan mereka cakap akan beri selepas anak saya sembuh dan masuk ke sekolah.

“Saya perlukan bantuan itu pada masa sekarang kerana nak beli susu khas bernilai RM139 dan memerlukan empat tin sebulan,” katanya.

Dia yang baru sahaja kembali berniaga berharap orang ramai dapat membantu anaknya sebelum dia dapat mengukuhkan kembali kewangannya semula.

Ku Zarina pula berkata, anaknya sebelum ini aktif dan dilantik penolong ketua kelas di Sekolah Kebangsaan Padang Pekan. - Bernama

Makcik Sambal Belacan.