Jumaat, 20 Mac 2015

9 Kereta Paling Jimat Minyak Pasaran Malaysia



Penjimatan minyak kini dianggap sebagai salah satu faktor utama oleh pengguna untuk membeli kereta. Bagi memenuhi kehendak pengguna, syarikat-syarikat pengeluar kereta telah mengeluarkan beberapa jenis kereta yang tergolong dalam kategori efisyen dalam pembakaran minyak.

Disini, kami kompilkan beberapa kereta yang mempunyai kadar pembakaran minyak yang efisyen supaya dapat menjadi rujukan bagi mereka yang ingin membeli kereta baharu pada harga dibawah RM100,000.



1. Perodua Axia

21.6 Km/L

100KM = RM 8.80


Selain dinobatkan kereta termurah di Malaysia, Perodua Axia juga terus menyelamatkan dompet pemiliknya dengan menawarkan penggunaan minyak yang efisyen. Dengan enjin berkapasiti 1.0cc, kereta keluaran perodua ini boleh bergerak sejauh 21.6 km bagi setiap liter minyak bagi transmisi manual. Bagi transmisi auto pula, setiap liter minyak membolehkan kereta ini bergerak sejauh 20.6 km.


2. Mitsubishi Mirage

21 Km/L

100KM = RM 9.10


Kereta kompak keluaran Mitsubishi ini dilihat sebagai saingan kepada kereta popular keluaran Perodua, MyVi. Dengan berbekalkan enjin 1.2 DOHC, kereta ini boleh bergerak sejauh 21 Km bagi setiap liter minyak. Selain dari penjimatan minyak, kereta ini juga turut dicipta untuk keselesaan.



3. Mitsubishi Attrage

21 Km/L

100KM = RM 9.10

Attrage adalah satu lagi kereta keluaran Mitsubishi yang dicipta untuk penjimatan minyak. Attrage turut menggunakan enjin berkapasiti 1.2cc, menyerupai adik beradiknya, Mirage. Selain dari penjimatan minyak, kereta ini juga turut menawarkan ciri-ciri lain seperti keyless operation system.




4. Hyundai i10

18.9 Km/L

100KM = RM 10.10

Kereta keluaran Hyundai ini menggunakan enjin yang berkapasiti 1.0cc yang boleh menggerakkan kereta sejauh 18.9 km bagi setiap liter.




5. Honda City 2014

17 Km/L

100KM = RM 11.20

Biarpun dilengkapkan dengan enjin 1.5cc, kereta keluaran Honda ini mempunyai kuasa penjimatan minyak yang boleh dikatakan menakjubkan. Kereta ini boleh digerakkan sejauh 17 Km bagi setiap liter minyak anda.




6. Myvi 1.3

17 Km/L

100KM = RM 11.20

Kereta yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia ini bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang menarik, tetapi turut juga menawarkan penjimatan minyak. Tetapi jika dibandingkan dengan Honda City, kereta ini mempunyai enjin yang lebih rendah iaitu 1.3cc sahaja. Sama seperti Honda City, seliter minyak boleh menggerakkan kereta ini sejauh 17Km.




7. Peugeot 208

16 Km/L

100KM = RM 11.90

Didatangkan dengan enjin 1.6cc, kereta ini dijual pada harga RM83,480. Dengan kekuatan enjin tersebut, kereta ini boleh digerakkan sejauh 16 km bagi setiap liter minyak. Bagaimanapun, kekurangan kereta ini adalah tangki minyaknya cuma boleh menerima 50 liter minyak sahaja.




8. Volkswagen Polo Sedan

15.4 Km/L

100KM = RM 12.30

Kereta keluaran Volkswagen ini didatangkan bersama enjin 1.6cc dan ia boleh mencapai kelajuan tertinggi sehingga 183 Km/jam. Kereta ini menggunakan 6.5L minyak bagi 100km perjalanan. Ini bermakna anda akan menghabiskan RM 12.50 untuk minyak bagi perjalanan sejauh 100km.




9. Proton Iriz

14.5 Km/L

100KM = RM 13.20


Tergolong dalam golongan kereta kompak, Iriz adalah kereta kompak pertama yang dikeluarkan oleh Proton. Kereta yang dilengkapi dengan enjin 1.6cc ini menggunakan seliter minyak bagi perjalanan sejauh 14.5km.

sumber MukhrizMahathirfc.com

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Buat perbandingan tahap "mangkok ayun". Kalau nak buat perbandingan, buatlah secara professional, pastikan lah kenderaan berada didalam kategori yang sama samada segment A, B dan sebagainya. Kenapa tak masukan kancil 6oocc sama, itukan lebih lagi jimat minyak ?

Tanpa Nama berkata...

kembalikan kepercayaan kami staf-staf kuin terhadap barisan nasional dengan kembalikan kuin ke tempat asalnya MERGONG...... kami terseksa disini!!!!!

Zahaq berkata...

Kenapa Mukriz buat pekak je isu KUIN ni ha?
Sepatutnya jika di aMB berwibawa dia akan tutup KUIN di Kuala Ketil bawa balik ke Mergong.
AKu heran cmna MB UMNO blh tunduk dgn kerja2 jahat PAS tinggalkan.

Mcm xde telor je MB Kedah skrg.. xde hala tuju.. semua nk buat satu bend apun tak jadi.

Sepatutnya fokus satu2 isu bg selesai..
dr isu KUIN sampai isu monopoli kongsi gelap Cina dlm urusan feri.. satu pun tak boleh harap..

Yg pasti Langkawi sebagai GEO PARK akan di dtarik balik oleh UNESCO..

Harap bapak je tegas.. anak lembik..

kaki pengampu2 ramai.. lingkuppp...