Selasa, 19 Mei 2015

Kerjasama FGV dan ECN Belanda Hasilkan Pelet Bermutu Tinggi #FELDA



Walaupun ditekan dengan pelbagai isu politik dan fitnah. Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) tetap meneruskan usaha mencari sesuatu yang baru.

Kali ini FGV meneruskan kerjasama dengan Pusat Penyelidikan Tenaga Belanda (ECN) untuk menghasilkan pelet bahan api berkualiti tinggi.

Anak syarikat pengeluar minyak sawit mentah (MSM) terbesar di dunia itu, FGV Applied Technologies (FGVAT), telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan ECN dalam program penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi tempoh 18 bulan untuk menggunakan teknologi TORWASH ECN.

Menurut Ketua R&D dan Kelompok Perkhidmatan Agri FGV, S Palaniappan, teknologi tersebut mengubah tandan buah kosong sebagai bahan api pelet yang berkualiti tinggi.

Kerana tandan buah yang kosong sebelum ini hanya dibuang atau dibakar begitu saja. Bila ianya boleh diproses menjadi pelet. Ia menjadi salah satu sumber pendapatan baru bagi pihak FGV.

“Bahkan teknologi yang sama juga boleh digunakan bersama dalam loji tenaga arang batu.

“Semua hasil kajian dan Harta Intelek (IP) yang dihasilkan menerusi program itu akan menjadi hak milik bersama,” katanya.

Beliau berkata, sebuah kilang perintis TORWASH akan dibina di kilang Pusat Teknologi Biomas (MBTC) berdekatan dengan Kompleks Penyelidikan PPTR FGV di Tekam, Pahang.

Menurutnya, teknologi itu dijangka menjana kira-kira RM10 juta bagi setiap kilang dalam tempoh setahun.

Pada yang tidak mengetahui apa itu 'pelet'. Pelet sebenarnya bahan bakar yang boleh menghasilkan letrik dan permintaan terhadapnya amatlah tinggi. Kebanyakan pelet yang terhasil akan dieksport ke Jepun, Korea, China, Jerman dan beberapa negara eropah, malah ianya bernilai jutaan ringgit jika dapat dihasilkan mengikut kualiti yang diminta oleh pasaran antarabangsa.

Tiada ulasan: