Sabtu, 2 Mei 2015

Penyokong Pas Tetap Tolak PKR! #PRKPermatangPauh #Hudud




Pas ​Kawasan Bagan berikrar untuk 'merosakkan sekurang-kurangnya 10,000 undi ​dalam PRK Permatang Pauh ​sebagai bantahan pendirian ​PKR dalam isu hudud.

Ketua Penerangan Pas Kawasan Bagan, Azmi Jaafar menggesa semua ahli Pas Permatang Pauh tidak mengundi PKR berikutan serangan PKR dan DAP ke atas Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Mengapa kita perlu membantu apabila mereka menghina kami? Jangan berharap bahawa kita (ahli Pas) akan mengundi anda!," katanya selepas mengetuai bantahan secara aman di hadapan Masjid ​Batu, ​Kampung Pertama, selepas solat Jumaat, di sini, semalam.

Himpunan itu juga menyuarakan sokongan kepada Abdul Hadi dan ​golongan ulama dalam Pas. Sebelum ini, Pas mendapat kritikan dari komponen PR ​apabila berhasrat melaksanakan hudud di Kelantan. ​

Sebelum ini, Pemuda Pas Pulau Pinang membuat pusingan U selepas beberapa hari merehatkan jentera pilihan raya setelah AMK Pulau Pinang gagal memohon maaf berikutan kenyataan biadapnya kepada Abdul Hadi.

​Pas Kawasan Permatang Pauh juga membuat pusingan U beberapa hari sebelum itu apabila memberi amaran akan memboikot jika PKR memilih Datuk Seri Dr wan Azizah Wan ismail atau ahli keluarganya sebagai calon dalam PRK Permatang Pauh. ​

Pas menguasai kerusi Dun Permatang Ppasir dalam Parlimen Permatang Pauh melalui Timbalan Pesuruhjaya, Datuk Mohd Salleh Man. - SH

Tiada ulasan: