Rabu, 24 Jun 2015

Operasi Mencari MH370 Diteruskan Lagi


Tragedi MH370 antara peristiwa pahit yang amat memilukan rakyat Malaysia. Satu kejadian yang akan terpahat didalam sejarah Malaysia sebagai satu titik hitam didalam industri penerbangan.

Sehingga kini, tiada tanda-tanda kapal tersebut akan dijumpai, namun rakyat Malaysia masih lagi terus mengharap agar ada sesuatu berita positif tentang pesawat tersebut..

Mengikut kenyataan dari Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Malaysia akan teruskan misi pencarian yang mana akan menambah lagi keluasan zon pencarian kepada 60,000 kilometer persegi.

Ini berdasarkan nasihat daripada pakar-pakar antarabangsa yang telah secara kolektif memutuskan untuk lanjutkan carian tambahan dikawasan kebarangkalian jika pesawat itu tidak terletak di dalam kawasan carian 60,000 kilometer persegi semasa.

Sehingga kini, Malaysia telah membelanjakan lebih AUD$60 Juta atau RM 174 Juta dalam menjalankan misi mencari dan menyelamat pesawat malang MH370 yang hilang sejak Mac tahun lalu.

Operasi mencari akan lebih menumpukan di selatan kawasan carian untuk memanfaatkan keadaan cuaca yang lebih baik di kawasan itu, sebelum jangkaan cuaca buruk yang berterusan semasa musim sejuk bermula. Keselamatan krew carian tetap diutamakan, khususnya pada bulan-bulan musim sejuk.

Pasukan mencari pasti akan menghadapi cabaran luar biasa dalam operasi kali ini, kerana lokasi yang jauh ketengah laut dan keadaan cuaca buruk dengan kedalaman laut diketahui lebih daripada 6,000 meter. Bimbang akan ada gelombang dengan ketinggian 15 hingga 18 meter, yang pasti boleh membahayakan pasukan keselamatan.

Walaupun bahaya dan berdepan dengan segala kesulitan. Namun pasukan mencari Malaysia tetap komited untuk meneruskan usaha tambahan bagi mencari dikawasan seluas 60,000 kilometer persegi.

Tiada ulasan: