Isnin, 1 Jun 2015

Siri 'Mereka' peruntuh Kerajaan Kedah.


Mereka yang sedang meruntuhkan Kerajaan Kedah (sekarang), adalah dari kalangan mereka yang pernah mendapat laba keuntungan Kerajaan BN terdahulu.

Bila Kerajaan BN baru mengubah stail politik.

Ds Mukhriz melakukan perubahan terus dari dasar politik UMNO di Kedah, dengan tidak mengamalkan sistem 'mengasuh, duit tepi dan duit kopi' semua itu tidak dilakukan, malah mengajak kesemua pemimpin Kerajaan didalam organisasi, untuk mengikuti cara beliau.

Sebab itu Kerajaan Kedah antara Kerajaan paling awal menandatangani perjanjian integriti dan menjemput SPRM masuk ke pejabat dan jabatan, utk menunjukkan bahawa Kedah telus.

Disebabkan tindakan jujur sebegini, orang politik lama (bukan semua) yang suka cara lama, tidak berpuashati dengan beliau dan mencari jalan meruntuhkan kerajaan dan parti BN di Kedah.

Dalam perjuangan untuk melakukan kebaikan, bukan semua orang suka. Tapi percayalah, yang baik selalu menang. Janji ikhlas dalam perjuangan nescaya hasilnya Allah SWT lipatgandakan kelak.

Kami akan membuat pendedahan bersiri 'Mereka Peruntuh Kerajaan Kedah' untuk tunjukan pada rakyat Kedah siapa mereka, jika perkara buruk ini tidak dihentikan.

4 ulasan:

KualaMudaMari berkata...

Salam, Teruskan perjuangan DS Mukhriz menghapusnya lanun dan penyamun dalam UMNO Kedah.
Duit kopi ini lah 'candu' dan punya kejatuhan UMNO, terutama puak kontraktor yang menumpang politik UMNO untuk dapat kontrek.. ini paling celaka punya puak.

Kedua, mohon Dato Seri MB Kedah pulihkan segera reputasi KUIN, akreditasi dan penempatan semula KUIN induk ke Alor Setar. Jangan rosakkan masa depan KUIN dengan meneruskan agenda terburu PAS dengan kampus angan2 Kuala Ketil itu.. hanya gah di mata tapi mengorbankan segala isi dan kehebatan KUIN yg dikagumi suatu masa dulu.. Masa tidak menunggu kita, PRU14 akan melihat apa dia KPI UMNO Kedah selepas 1 penggal.


Harap DS MB Kedah tegas dan teguh pendirian seperti Ayahnda, Tun Mahathir, beliau seorang yang tegas dan strategik dalam mempuat perancangan dan pelaksanaan.

Wallahualm..

jgn jadi bodoh!!! berkata...

Hidup Mukhriz!!

Tanpa Nama berkata...

...salam...saya setuju dengan kuala muda mari....pulihkan reputasi kuin dan penempatan semula kuin induk ke alor setar..unmo kedah harap jangan rosakkan kuin dengan meneruskan agenda pas di kuala ketil (projek yang merugikan negeri kedah).

HAMIDIsP berkata...

Pastilah melenting pihak2 yang dah terbiasa dengan duit mudah. Teruskan perjuangan dan teruskan wawasan serta gagasan hebat Tun Mahathir..