Rabu, 22 Julai 2015

Isu Star Cruises: Fitnah Guan Eng Terhadap MOT Terjawab


Agak kurang ajar tuduhan terbaru, Guan Eng terhadap Kementerian Pengangkutan di bawah seliaan Menterinya, DS Liow Tiong Lai dan Timbalannya, Datuk Abdul Aziz Kaprawi. Dikatakan kononnya kementerian berkenaan telah mensabotaj Kerajaan negeri Pulau Pinang, apabila sebuah syarikat 'cruise' yang terkenal, Star Cruise telah menutup pejabatnya di sana, dengan memindahkan pejabat syarikat berkenaan ke Xiamen, China. Boleh rujuk di sini.

Kenyataan dan tuduhan terhadap Kementerian itu, adalah berniat jahat dan biadap! Untuk pengetahuan Guan Eng, Kementerian Pengangkutan tidak ada kuasa untuk memaksa mana-mana syarikat pengangkutan untuk menutup perniagaan mereka di Malaysia selagi mana tidak melanggar undang-undang Malaysia.

Bagaimana Kerajaan boleh masuk campur didalam urusan tadbir syarikat luar? Apakah ada notis yang dikeluarkan oleh MOT hingga menyebabkan Star Cruise keluar dari Pulau Pinang? Bagaimana Guan Eng boleh menuduh sebegitu rupa tanpa bukti kukuh?

Apa yang cuba disembunyikan oleh Guan Eng adalah, Star Cruise masih mempunyai pelayaran ke Pulau Pinang. Walaupun mereka tidak lagi menetap disana.

Oleh itu, adalah satu pembohongan yang nyata sekiranya Ketua Menteri Pulau Pinang itu menuduh Kementerian Pengangkutan cuba mensabotaj industri perlancongan Pulau Pinang.

Kalau nak sabotaj, baik tak bagi singgah langsung. Itu baru benar-benar sabotaj.



Kenyataan Media Menjawab Tuduhan Guan Eng,

Bagi menjawab tuduhan terbabit, Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan satu kenyataan, bagi menjawab tuduhan Lim Guan Eng yang menuduh kementerian terbabit bertindak mensabotaj industri pelancongan Pulau Pinang berhubung status penamatan Star Cruises.

1. Merujuk kepada satu laporan berita baru-baru, pengendali kapal pelancongan telah menyatakan dengan jelas bahawa keputusan untuk memindahkan kapal pelancongan mereka ke pelabuhan asal di Xiamen, China adalah keputusan perniagaan semata-mata dan mereka juga sedang mengkaji untuk melayari perairan Asia Pasifik.

2. Keputusan ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk mengoptimumkan kapasiti armada dan memenuhi permintaan bermusim pasaran.

3. Oleh itu, jelas dakwaan bahawa kekurangan insentif daripada Kementerian Pengangkutan serta mempersalahkan sepenuhnya adalah tidak berasas.

4. Sebenarnya, MOT telah mengecualikan kapal persiaran dari polisi "cabotage" di mana kapal persiaran tidak dikehendaki untuk memohon lesen perkapalan tempatan ketika berulang-alik antara dua atau lebih pelabuhan di Malaysia.

5. Ini merupakan satu lagi usaha yang jelas oleh Kementerian bagi menggalakkan pelancongan pelayaran.

6. Apa yang perlu ditekankan adalah hakikatnya bahawa Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) memang perlu dinaik taraf.

7. Meletakkan dua buah kapal pelayaran yang besar pada waktu yang serentak di SPCT yang dermaganya berkeluasan 400 meter adalah sukar memandangkan kekangan keluasan ruang dan ini telah memberi kesan secara tidak langsung di pelabuhan SPCT.

8. Bagi menampung lebih banyak kapal dan kapal yang lebih besar, keperluan untuk memperbesarkan pelabuhan tersebut perlu dilakukan dengan kadar segera.

9. Walau bagaimanapun, sekatan dari segi keluasan tanah adalah punca halangan.

10. Sejak tahun 2010, apabila SPCT mula beroperasi, Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang telah memohon untuk hak milik tanah dikeluarkan bagi meluaskan terminal pelayaran.

11. Keengganan Kerajaan Negeri untuk mengeluarkan geran tanah telah menghalang usaha kami bagi meningkat dan menaik taraf kemudahan yang selaras dengan wawasan kami di mana ia bukan sahaja bagi mengekalkan syarikat kapal persiaran sediada tetapi juga untuk menarik syarikat lain menjadikan Pulau Pinang sebagai pangkalan mereka dan juga pelabuhan persinggahan.

12. Kementerian berminat untuk membangunkan terminal, bagaimanapun, jelas sekali ia bukanlah usaha di satu pihak sahaja, dan kami perlukan kerjasama dari pihak Kerajaan Negeri juga.

13. Oleh itu, tuduhan-tuduhan yang tidak berasas terhadap Kementerian adalah benar-benar tidak bertanggungjawab.

14. Kementerian ingin menggesa semua pihak untuk mendapatkan penjelasan sebelum membuat sebarang kenyataan, dan di dalam kes ini, dengan jelas sengaja mewujudkan kekeliruan di kalangan orang ramai dan juga pelabur.


Jelas kenyataan yang dikeluarkan oleh MOT itu menunjukkan bahawa Kerajaan negeri Pulau Pinang yang mempunyai masalah dan tidak bekerjasama dengan pihak Star Cruises terbabit. Jadi tak salah jika mereka meninggalkan Pulau Pinang bagi mencari lokasi baru yang lebih selesa dan luas untuk mereka beroperasi,

Tiada ulasan: