Sabtu, 4 Julai 2015

Kompleks BRT Sistem Membudayakan Teknologi Hijau


Pada 1 Julai yang lepas, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) YBhg Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Albar telah mengadakan lawatan ke kompleks BRT yang terletak di Sunway .

YBhg Tan Sri telah disambut oleh Pengerusi Prasarana YBhg Tan Sri Adam Ismail. Turut sama mengiringi beliau ialah En Azmi Abdul Aziz Pengarah Urusan Kumpulan.

Lawatan ini merangkumi lawatan ke pejabat kawalan bas, dan selepas sesi penerangan pengerusi S.P.A.D ini telah dibawa menaiki BRT.

Lawatan ini berakhir di Stesen USJ 7 dimana stesen ini merupakan gabungan antara BRT dan sambungan LRT untuk laluan Kelana Jaya.



Pada yang belum tahu mengenai sistem Bas Rapid Transit Laluan Sunway (BRT-Laluan Sunway), Ia merupakan pengangkutan awam pertama di negara ini yang membudayakan teknologi hijau.

Lebih membanggakan BRT-Laluan Sunway disifatkan sebagai lembaran baharu dalam sistem pengangkutan awam negara kerana menggunakan bas elektrik sehingga diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.

BRT-Laluan Sunway merupakan sistem pengangkutan terbaharu yang menggunakan teknologi pintar dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas, disamping mengurangkan pelepasan gas karbon.

BRT-Laluan Sunway menghubungkan tujuh stesen iaitu Sunway-Setia Jaya, Mentari, Sunway Lagoon, SunMed, SunU-Monash, South Quay dan USJ7.

Orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan BRT-Laluan Sunway secara percuma selama selama dua bulan bermula Selasa.

Sistem BRT-Laluan Sunway yang dibangunkan Kumpulan Prasarana dan Kumpulan Sunway itu akan memberi perkhidmatan kepada 500,000 penduduk di sekitar Bandar Sunway dan Subang Jaya yang mampu mencapai 2,400 penumpang setiap jam.

Sebanyak 15 bas akan digunakan bagi perkhidmatan BRT-Laluan Sunway.

Selaras dengan perkembangan jalur lebar, bas-bas berkenaan turut dilengkapi perkhidmatan Wifi secara percuma untuk kemudahan penumpang.

Ternyata ini adalah usaha yang bagus diantara LRT dan BRT, sudah tentu penguna akan lebih mudah dalam mengatur perjalanan bila kedua-duanya berdekatan dan keselamatan juga lebih terjamin.

Dibawah ialah antara gambar menarik sewaktu lawatan beliau di sana.







Tiada ulasan: