Isnin, 27 Julai 2015

Pengeluar Jamin Kereta Api Laju (ETS) Selamat!

Ramai yang tertanya, kenapa ada spekulasi yang mengatakan ETS ini masih belum lulus sepenuhnya. Ada pula yang kata ETS tidak capai tahap keselamatan antarabangsa.

Disebabkan banyak speskulasi, Menteri Pengangkutan cuba untuk menjelaskan keadaan yang sebenar. Untuk pengetahuan semua, Tren Elektrik atau Keretapi Laju (ETS) yang baharu masih diuji dan belum lagi digunakan, demikian kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Hanya dua gerabak ini masih belum mendapat lampu hijau daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Ini kerana, SPAD masih menguji dua gerabak ini bersama pasukan teknikal Keretapi Tanah Melayu Berhad

(KTMB) sedang bekerjasama dan masih memerlukan sedikit pelarasan terhadap sistem keselamatan perlindungan automatik keretapi (ATP).

Dalam masa sama syarikat dari China, CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd (ZELC) memberitahu bahawa pihak mereka memberi jaminan keselamatan terhadap dua gerabak ETS tersebut dan mematuhi syarat-syarat keselamatan.

Namun yang demikian, ZELC juga sedia maklum bahawa kelulusan perlu diperolehi dan perlu mematuhi beberapa ujian sebelum ia beroperasi.

Ini termasuklah melibatkan keserasian 'trainset' dengan landasan keretapi yang dibina termasuk isyarat, pengurusan dan krew keretapi. ZELC mendapati bahawa masalah yang timbul bukanlah datang daripada trainset tetapi berpunca daripada kerosakan 'balise' iaitu alat isyarat balas.

Pembaca boleh rujuk kenyataan ZELC seperti dibawah :



Jadi orang ramai tidak perlu risau akan keselamatan ETS yang telah beroperasi. Kerana ianya sudah diuji dan diluluskan oleh SPAD mengikut piawaian keselamatan antarabangsa. Hanya dua gerabak saja belum diluluskan.

Rasanya, penjelasan yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan itu telah 'melegakan' ramai pihak yang risau akan keselamatan bila menaiki ETS.

Akan tetapi, sejak ETS beroperasi, tiket diantara Kuala Lumpur menuju ke utara tanah air, 'sold out' hingga 28hb Julai ini.

Ternyata pengangkutan baru ini mendapat sambutan hebat dan memudahkan rakyat untuk ulang alik ke kampung.

Tiada ulasan: