Ahad, 9 Ogos 2015

Keputusan FELDA Beli EHP Perlu diTeliti dan Rasional



Sebelum membuat sesuatu keputusan, diharap pihak Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) perlu membuat keputusan rasional berkaitan pembelian PT Eagle High Plantation (EHP) di Indonesia agar hasilnya memberi pulangan yang menguntungkan.

Rancangan pembelian EHP telah dibentangkan oleh FGV, namun kini terpulang kepada pemegang saham untuk membuat keputusan yang mana dijangkakan keputusan bakal diketahui pada bulan ini (Ogos) selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).

Pada Jun lepas, FGV mengumumkan ia telah memeterai perjanjian induk dengan Rajawali Group untuk membeli kepentingan EHP pada harga US$ 680 juta dalam bentuk tunai dan saham.

Perjanjian ini telah menyaksikan Rajawali Group memiliki saham sebanyak 2.6 peratus asas saham FGV, dengan ini bermakna FGV akan mengambil alih antara 93 dan 95 peratus kepentingan dalam projek gula Rajawali Group dengan nilai AS$67 juta.

Kepentingan dalam EHP ini akan dipegang oleh FGV Kalimantan Sdn Bhd, sebuah unit dalam FGV, pelaburan yang jarang diterima ini memang amat berbaloi. Pastinya akan ada pihak yang tidak senang dengan potensi FGV, sudah tentu persepsi buruk terhadap FGV akan terus dimainkan.

Diwaktu seperti inilah peneroka perlu terus yakin dengan potensi pelaburan yang ada pada FGV, kerana diwaktu senang, peneroka turut merasa hasilnya, jadi apakah perlu mengurangkan kepercayaan diwaktu seperti ini?

Tiada ulasan: