Selasa, 17 November 2015

#BajetKedah2016 AkuJanji BN Kedah Hampir dicapai!



Tema bajet Kedah 2016 iaitu " Menjamin Kesinambungan Kemakmuran Rakyat" akan menyaksikan corak perbelanjaan yang realistik dan berhemah. Peruntukan mengurus bagi tahun 2016 telah berkurangan sebanyak 2 peratus manakala pembangunan pula diturunkan sebanyak 6 peratus.

Bajet 2016 memberi tumpuan kepada keperluan perbelanjaan sebenar dan keupayaan menjana hasil negeri berdasarkan prestasi kutipan tahun-tahun sebelum.

Objektif Kerajaan Negeri bagi bajet 2016 ini dikekalkan seperti mana tahun-tahun sebelum ini dengan lebih memberi fokus terhadap:-

* Penyediaan Infrastruktur Bagi Meningkatkan Keselesaan Rakyat.

* Pembangunan Modal Insan, Sosial dan Agama.

* Kemakmuran Rakyat.

* Menggalak Pertumbuhan Ekonomi.

* Memperkukuh Tadbir Urus Kerajaan Negeri.

Bagi mencapai matlamat bajet, Kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah iaitu:-

i. Memperkukuh kutipan hasil dan memperluas sumber hasil negeri,
ii. Merancang perbelanjaan optima,
iii. Mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan ke arah pencapaian sasaran.

Bajet 2016 adalah permulaan bagi Rancangan Malaysia Ke-11 yang merupakan RMK terakhir sebelum negara mencapai wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara yang maju. Cabaran getir yang dihadapi Kerajaan dalam menyediakan bajet kearah peningkatan pembangunan (developmental) adalah keterbatasan dana bagi mencapai hasrat negeri dalam usaha memakmurkan rakyat.

Bagi tahun 2016, Kerajaan Negeri tidak menyediakan peruntukan untuk projek-projek fizikal yang berskala besar, dan sebaliknya menumpukan kepada kerja-kerja menaiktaraf dan pemantapan prasarana awam sedia ada.

Bagi melaksanakan projek berskala besar, Kerajaan Negeri akan memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan percaya dengan terjalinnya hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan, sumbangan ini akan disalurkan bagi membantu negeri Kedah mencapai wawasan 2020.


AkuJanji BN Kedah

Daripada 92 akujanji Kerajaan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke-13 yang lalu, sebanyak 82 telah berjaya dilaksanakan. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan BN yang diberi mandat untuk mentadbir Negeri Kedah tidak menabur janji-janji kosong, sebaliknya menepati segala janji demi kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran Rakyat.

Salah satu janji Kerajaan kepada Rakyat iaitu untuk menyediakan perumahan yang selesa, mampu dimiliki daan mencapai kumpulan sasar telah dilaksanakan dengan cemerlang.

Sehingga kini pembangunan perumahan di negeri Kedah begitu rancak dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Hasrat dan aspirasi kerajaan Negeri Kedah sepertimana didalam akujanji iaitu menyediakan 40.000 unit rumah mampu milik sehingga tahun 2018 telah beradaa diatas landasan yang amat tepat.

Sehingga kini 66 peratus atau 22,617 unit telah atau sedang dibina. Kerajaan amat yakin dalam tempoh sehingga 2018 nanti sasaran Kerajaan untuk menyediakan perumahan mampu milik akan tercapai.

Tiada ulasan: