Sabtu, 21 November 2015

Pemandu Teksi Berdemo Bukan Sebab Politik?



Ada masalah dapat diselesaikan dengan tunjuk perasaan dan berdemokah? Kenapa perlu berdemo jika mahu masalah diselesaikan? Sudah tentu tujuan berdemo atau berhimpun ini mempunyai motif tertentu yang berkaitan dengan politik.

Pendapat ini turut dikongsi oleh Pengerusi Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) Mohd Syahrir Abdul Aziz, 60. beliau sendiri percaya perhimpunan ini berkaitan dengan politik, sebab itu ramai pemandu teksi tak menyertainya.

“Perhimpunan hari ini dilihat berunsur politik kerana kita (pemandu teksi) hanya berurusan dengan kerajaan serta agensi terlibat dan bukannya wakil pembangkang.

“Saya lihat ini tidak akan selesaikan masalah malah memburukkan lagi keadaan kerana mereka (peserta) perlu menggunakan saluran betul untuk bersuara dan bukannya melalui demonstrasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan penganjur perhimpunan menyerahkan menyerahkan memorandum kepada wakil pembangkang di Parlimen tempohari.

Memorandum itu berkait rapat dengan objektif utama perhimpunan yang antara lain mendesak rombakan dilakukan terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta menggesa kerajaan mengharamkan aplikasi Uber dan Grabcar yang menjejaskan periuk nasi pemandu teksi.

Dalam yang sama, pihak Polis telah mengenal pasti pihak penganjur yang terlibat dalam Perhimpunan Aman Warga Teksi yang diadakan di Padang Merbok.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon menegaskan polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap penganjur berkenaan.

“Undang-undang sedia ada jelas menyatakan pihak penganjur perlu mendapat kelulusan daripada tuan punya tempat berkenaan untuk menjalankan sesuatu aktiviti di sana."

Malah polis takkan teragak-agak akan mengambil tindakan kepada pihak yang membuat kacau itu.

"Kami akan ambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang yang ada memandangkan setakat ini penganjur masih gagal mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengadakan perhimpunan di sana,” katanya lagi kepada pemberita.

Ditanya mengenai jumlah anggota polis yang dikerahkan untuk mengawal suasana sepanjang perhimpunan itu, beliau berkata ianya mencukupi untuk menghadapi sebarang kemungkinan di sana dan akan memantau keadaan dari semasa ke semasa.

“Kami mempunyai jumlah yang cukup untuk mengawal keadaan perhimpunan termasuklah trafik berhampiran lokasi acara itu,” katanya.

Beliau ditanya sama ada perhimpunan itu boleh menjejaskan kelancaran Sidang Kemuncak ASEAN ke-27. Law berkata acara berkenaan tidak menganggu perjalanan persidangan itu kerana ia hanya bertumpu di Padang Merbok.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemandu teksi tutup periuk nasi orang tak pe , orang nak tumpang cari rezeki biar kan lah , siapa service lagi bagus dia akan jadi pilihan orang ramai, Baru orang ramai ada pilihan , kalau teksi bagus orang pilih teksi kalau syarikat teksi lain lagi bagus , teksi lama kena tingkat kan kualiti kerja,