Jumaat, 27 Februari 2015

Mahfuz Omaq Buat Lawak Nak Kena Tampaq!



Apa kena dengan Mahfuz ni? Sakit mental ka apa? Sedih aihh.. mentaliti ahli parlimen Pokok Sena macam ni..

Ketua penerangan PAS menyindir keputusan Umno yang tidak bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Chempaka bulan depan dengan alasan "perpaduan ummah".

Dalam kenyataannya, Datuk Mahfuz Omar berharap Umno tidak bertanding dalam pilihan raya kecil atau umum selepas ini. 
"Dengan keputusan yang dibuat ini, PAS berharap agar Umno tidak lagi menghantar calon di dalam mana-mana pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum kerana ia secara tidak langsung mengakui Umnolah punca utama perpecahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat," katanya. 
"Apabila Umno bertanding di dalam pilihan raya, suasana perpecahan dan perbalahan sering berlaku kerana Umno sering memanipulasikan jentera kerajaan untuk kepentingan partinya sahaja dan sekali gus mewujudkan padang permainan yang tidak rata," katanya.
Umno tidak akan meletakkan calonnya dalam pilihan raya kecil kerusi Chempaka bulan depan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini. 
Ketua penerangannya Datuk Ahmad Maslan berkata keputusan itu dibuat bagi memberikan tumpuan pada usaha pemulihan Kelantan akibat banjir besar tahun lalu.
"Umno tidak bertanding di DUN Chempaka. Tumpu selesai bantuan banjir dan perpaduan ummah," katanya dalam mesej di Twitter.

Rasanya dia ni jiwa kacau, kurang kasih sayang.. patutnya bagi la komen yang bernas. Ini tak, semuanya dia nak bantah. Dah nama pembangkang, perlukah bangkang semua?


McTheory:
Kalau budak-budak ni, mau kena sekeh dah.. 

Khamis, 26 Februari 2015

PasMa Pilih Kedah Untuk Buat Gerakan?



Ada cerita terpanas yang baru keluar dari ‘oven’ bak kata orang masih ‘fresh’ lagi cerita ni, masih baru, masih segar. Kisah tentang Pasma. Kita pun tak tahu, sama ada Pasma ni ditubuhkan untuk apa, apa tujuan mereka yang sebenar, apa pulak cerita dibelakang dan dimana lokasi sebenar mereka.

Pasma atau nama penuh mereka Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia, sudah mula gerakan dalam diam yang digerakan oleh pemimpin tertinggi Pas sendiri Dr Hatta. Pasma yang kini diketuai oleh Phahrolrazi bekas Exco kanan Kerajaan negeri Kedah yang lepas, sedang mencari lokasi yang sesuai di Kedah untuk mereka bertapak.

Dikatakan beberapa tempat seperti Sungai Petani, Alor Setar dan Merbok menjadi pilihan, kerana ketiga-tiganya merupakan pusat bandar dan sesuai menjadi tempat operasi. Jika Pasma wujudkan pusat operasi, ini bermakna mereka sememangnya serius dalam pergerakan malah perancangan selepas ini semakin hebat dan lebih teratur.

Cuma pemilihan pusat operasi utama di Kedah menjadi tanda tanya, adakah kerana Presiden Pasma asal dari Kedah, sebab itu Kedah dipilih, atau sememangnya Kedah merupakan kekuatan paling utama Pasma di Malaysia. Mungkin kita dapat mengagak ahli Pasma kini paling ramai di Kedah, atas alasan yang demikian Kedah dipilih perlu menjadi pusat operasi utama.

Atau ada sebab lain?

Adakah unsur ‘syiah’ juga ada berkait rapat dengan Pasma? Sebab kita tahu, ahli syiah paling ramai di Pendang dan ketua Syiah di Malaysia pun asal dari Pendang dan setakat yang penulis tahu, pembiakan ahli syiah ini, sememangnya Pendang antara lokasi paling ‘top’ di Malaysia dan merupakan pusat utama. Kalau tidak mana mungkin Mat Sabu berani bertanding disana (walaupun kalah).

Jika Pasma makin maju kehadapan, bagaimana pula dengan parti Pas? Semakin hari penulis melihat parti Pas seperti orang tua yang menunggu masa untuk pencen. Umpama mereka dah bersedia untuk digantikan oleh Pasma. Walaupun kem ‘Ulama’ dalam Pas masih utuh dan kuat, tapi gerakan dimarkas dan bawahan menceritakan ‘sudut’ lain. Jika akar dah musnah, masakan pokok masih boleh berdiri?

Kesimpulannya kita tunggu apa pula yang akan Pasma buat. Adakah Pasma akan terus maju meninggalkan Pas, atau Pas akan mengorak langkah baru bagi membendung Pasma.

Sama-sama kita tengok naa..

MyKmu

Khamis, 19 Februari 2015

Betui Ka Cas Ayaq SADA Naik? #Kedah


Ayaq SADA awat yang susah sangat ni chekk oii..

Betui ka SADA cas mahai lanie?

Banyak orang tak faham penjelasan panjang lebar dari Chairman SADA dan EXCO PBT. Entah susah nak faham, atau sengaja takmau faham, atau memang suka bantah dari faham.

Mai aku nak jelaskan.. chek bagi kliaa naa..

Caj pemotongan naik RM10 dari RM25 ke RM35. Kenaikan atas sebab teknikal, malah mengalakan org kita membayar bil dari kena potong. Kalau bayaq bil, tak kena potong ayaq, apa nak risau? Dia naik pi RM100 pun.. bukan kita kena bayaq.. betui dak?

Tak payah penin, sampai bil nanti bayaq la. Kalau takmau bayaq banyak, jimatlah ayaq tu. Malam Jumaat, mandi sekali ja jangan banyak kali. Nak jimat katakan. he he..

Bab penyelarasan pulak..

Penyelarasan Deposit tu untuk SADA memegang duit pelanggan sementara untuk jaminan atas dia. Dia bagi servis dan ayaq, kita jadi tukang bayaq. Kalau takmau servis dia, suh dia kerat paip kat rumah kita, kita guna balik telaga lama.

Dia pegang pun atas pengunaan kita, kalau kita pakai purata RM100 sebulan, SADA akan pegang deposit RM100 selama setahun utk jaminan dia.

RM100 tu bukan bayaq seketoi.. bayaq sikit-sikit pun boleh. Hangpa bayaq la RM10 sebulan, cukup sepuluh bulan, dah ada deposit RM100. Cukup murah.. kalau rokok boleh beli RM13.50 (yang murah pun naik RM12.00) sehari.. Ni bekalan ayaq untuk anak bini dan mak bapak takkan RM20 atau RM10 sebulan pun nak berkira kot.

Deposit tu bukan hak SADA.. itu duit kita, kena faham tu.

Kalau tahun depan purata kita dah kurang sikit macam RM80, RM20 akan dipulangkan dalam potongan bil bulanan. Depa tak ambik aihh duit tu.. Kalau tiba-tiba kita nak pindah rumah pi dok KL ka.. kita boleh minta balik deposit (duit) kita tu, dengan syarat kita takdak hutang depa. Kalau kita hutang, depa potong berapa bil yang kita hutang, lebihnya depa bagi balik.

Depa cuma nak hak depa terjaga, sama la macam kita nak hak kita.

Penambahbaikan atau servis.

Kita dok hingaq SADA servis tak elok, ayaq takdak. Nak elok macam mana kalau depa pun tak mampu nak bagi elok. Berapa banyak yang hutang SADA, berapa ramai yang tak jelaskan bil? Kalau SADA rugi kata depa tak pandai jaga. Bila depa minta kita bagi deposit sikit pun, kita dah hingaq.

Selangor dan Penang, dah naikkan tarif ayaq, negeri lain pun dah penaik. Kelantan yg ayaq koko pun penaik harga. Cuma Kedah saja tak penaik. Kira baguih la tu.. nak macam mana lagi?

Pada yang ada masalah ayaq dikawasan tu harap sabaq la noo.. jangan dok saja, pi kat pejabat SADA buat report. Lagi tak elok, lagi tu dok ulang buat report, kalau tak jalan juga, pi gegaq rumah Adun suruh tolong. Ayaq dan servis tu hak kita, kena jaga hak kita. Deposit dan bil cas kita hak SADA kita ikut saja.

Kalau sama-sama jaga, dua-dua senang. Servis makin baguih, kita pun hidup aman dan sentosa. Kedah Aman Makmur la katakan. Bak kata orang, ada pi, mesti la ada mai. Betui dak?

Ikhlaih daghi..

- Mat Paip Ayaq #TMK -

Rabu, 11 Februari 2015

Rakyat Susah Kerajaan Tak Bantu?


Sering kali kita dengar rungutan dan rintihan dari rakyat Malaysia yang mengatakan Kerajaan Malaysia tidak prihatin dan membantu rakyat. Ada yang mencela Kerajaan tidak peduli rakyat termiskin. Ramai orang susah tidak dipedulikan, malah ada yang tak sudah-sudah anti kerajaan disebabkan terpengaruh dengan kata-kata yang tak masuk akal tu.

Kadang-kadang pelik melihat orang kita. Sihat tubuh badan, tubuh sempurna tiada cacat cela, namun dimulut sentiasa kata susah nak cari makan. Kerajaan tak bantu, kerajaan tak prihatin.

Kita pun pelik, kerajaan nak bantu dari segi apa lagi?

Kerajaan beri Subsidi ni rasanya, dari dalam buaian hinggalah dah berkahwin. Semuanya ada subsidi.

Kerajaan dah bantu dengan BR1M, bantuan anak sekolah, bantuan beli buku sekolah, ada rumah PPR dan PPRT, ada bantuan JKM. Ada duit, boleh melabur dalam ASB/ASN.

Dengan semua bantuan ini, bagaimana seseorang tu kata kerajaan tak bantu rakyat? Takkan kerajaan nak bagi gaji percuma secara bulan-bulan masuk ke akaun kot, baru nak kata bantu?

Jalan hidup kita, kita yang tentukan. Kita yg corak dan bentuk. Kalau malas, susahlah kita, kalau rajin, usaha dan berdoa InshaAllah akan terbuka pintu rezeki.

Jika rakyat asing seperti Vietnam, Myanmar, Indon, Petani, bangla dan negara lain, berpusu-pusu datang ke Malaysia untuk cari rezeki. Kata mereka negara kita mudah untuk cari makan.

Kerana negara kita kaya, dan sumber ekonomi sentiasa bergerak. Malah terbukti mereka mampu merubah hidup mereka.

Berbeza dengan orang kita, orang kita asyik merungut sana susah, sini susah, tapi tak kerja, kerja pun taknak, usaha pun tidak. Habis tu macam mana nak kaya?

Takkan duit nak turun dari langit kot?

Fikirkannlah..

sumber MyKMU

Selasa, 10 Februari 2015

Zunar di tangkap kerana menghina hakim negara!



Kartunis Zulkiflee SM Anwar UlHaque berkata sepasukan polis muncul di kediamannya di Bangi malam ini untuk menahan beliau mengikut Akta Hasutan.

Zulkiflee yang lebih popular dengan nama Zunar berkata, pasukan tersebut tiba ke kediamannya di Pantai Dalam kira-kira jam 9 malam ini.

“Saya percaya akan terpaksa tidur di lokap pada malam ini,” kata ketika dihubungi.

Operasi itu dijalankan susulan satu arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada pasukannya untuk menyiasat Zunar dan juga dua orang MP.

Ia ekoran kenyatan kartunis dan MP berkenaan berhubung kenyataan mereka berhubung pemenjaraan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, kartunis itu dalam tulisannya di Twitter menyebut: “Barua berjubah hitam bangga jatuhkan hukuman. Habuan dari tuan politik pasti lumayan.”


McTheory:
Padan dengan muka hang.. hehe

Ahad, 8 Februari 2015

Majlis Kaum Cina Bersama MB Kedah Tak Dapat Sambutan?


Benarkah tiada sambutan? Cer tengok gambar bawah ni.. he he.. topik tu acah ja..


Semalam YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir hadir ke jamuan malam Persatuan Kebajikan Penduduk Cina Simpang Kuala Di Dewan Besar, Sekolah Menengah Keat Hwa (persendirian), Taman Sultan Badlishah, Alor Setar.

Beliau dijemput kemajlis berkenaan sebagai penghormatan kepada persatuan kebajikan cina yang telah lama aktif di Kedah.

Datuk Mah Siew Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga turut hadir ke majlis berkenaan, yang menghimpunkan lebih 10 ribu orang didewan sekolah terbabit, malah beliau diserbu oleh hadirin yg hadir untuk bersalaman dan bergambar dengan beliau.

Majoriti yang hadir semalam 80% adalah berbangsa cina, mereka begitu teruja bila bersama YAB MB kita. Diharap persahabatan seperti ini dikekalkan untuk memupuk perpaduan diantara kaum di Kedah.

Ps: nak habaq, ada pihak kata majlis di Dun Dato Seri MB tak dapat sambutan, malah beliau dikatakan tak hadir kerana malu. Sebenarnya beliau mengantikan majlis tersebut dgn Dr Leong Exco Kerajaan negeri kerana Dato MB terpaksa ke KL utk berjumpa TPM atas urusan penting.

Cerita buruk berunsur fitnah disebarkan untuk memalukan Dato MB kita. Apakah benar cerita tersebut kalau dilihat sambutan yg diterima oleh MB kita semalam?

Sudah-sudahlah fitnah!! Tak takut mati ka? Atau ingat diri tu tak mati sampai bila-bila..

Rabu, 4 Februari 2015

Kontroversi Kit Siang Gelarkan Pensyarah UUM Sebagai 'KangKung'?

Abaikan yang komen bawah tu.. entah dari mana datangnya..


Jawapan dari Ustaz Shukri Shuib Pensyarah yang digelar kangkung oleh Kit Siang!

Kit siang tidak ada nilai sebagai orang Asia dan juga tidak menghayati erti demokrasi kerana tidak boleh menerima komentar yang bertentangan dengan nafsu politik beliau. Kit Siang juga dilihat suka melontar label kepada mana mana individu tidak sehaluan dengab beliau, ertinya dia bukanlah pemimpin yang sesuai untuk rakyat Malaysia, dia mengajar nilai merendahkan orang lain dan ini tidak murni sifatnya. Kit siang harus menjaga lidahnya dan lebih baik mendaftar sebagai pelajar di mana mana IPT untuk belajar nilai murni ahli politik.

Tindakan Encik Lim Kit Siang melabelkan ahli akademik yang juga seorang penjawat awam dengan gelaran yang merendahkan integriti akademik menunjukkan betapa tidak matang dan jahilnya Kit Siang terhadap hak demokratik akademik. Adalah menjadi hak dan kebebasan ahli akademik memberikan komentar dan juga pandangan terhadap isu semasa termasuk juga apa yang sedang cuba dilakukan parti pimpinan Kit Siang itu.

Kita juga ada memberikan komentar terhadap isu isu lain termasuk membabitkan polisi BN. Adakah Kit siang begitu takut melihat teguran ahli akademik terhadap parti beliau dan sekaligus takut dengan pengaruh yang dipunyai ahli akademik

Saya menasihatkan eloklah Lim Kit siang mendaftar sebagai calon sarjana atau PhD dalam bidang politik dan juga antarabangsa jika beliau mahu mendalami dunia IPT dan menambahkan kemahiran beliau mengkaji politik.

Jika beliau sewenangnya boleh menggelar ahli akademik sebagai kangkong dan juga pelbagai gelaran yang memburuk imej IPT dan seseorang tokoh akademik, maka apakah dia suka jika ada orang lain menggelarkan beliau sebagai ahli politik lapuk atau ahli politik nyanyuk yang suka berleter dan tidak demokratik disebabkan usia tua beliau. Mungkin orang lain juga boleh menggelarkan Kit siang sebagai ahli politik yang membosankan kerana sering mengetengahkan pendekatan politik lapuk dan ketinggalan zaman.

Adalah memalukan apabila orang berusia tua seperti Kit siang tidak tahu mengamalkan nilai murni yang baik dan bersikap sabar serta belapang dada. DAP harus mempertimbangkan supaya jawatan penasihat Dap yang disandang Encik lim kit siang itu digantikan dengan individu yang lebih dinamik seperti YB Senator Ariffin Omar yang juga mantan Prof di IPTA sebelum ini.

Inilah masa terbaik untuk orang akademik dari DAP dilantik sebagai penasihat kepada DAP dan Lim Kit siang sendiri. Kit siang perlu dinasihatkan akan aspek nilai murni menjaga pertuturan sebelum menjadi penasihat kepada parti yang kononnya demokratik.

Selasa, 3 Februari 2015

Ustaz Kazim Buat Laporan Polis Terhadap Dakwaan Fitnah!



Baru-baru ini Dap membuat laporan polis terhadap beliau, kononnya beliau rasis terhadap kaum lain.


Promote Page sahabat kita

Kalau nak like, sila LIKE dalam box bawah tu..

https://www.facebook.com/CeritaPasaiKedah


Pengiat sukan negeri Kedah diikhtiraf - Ds Hj @MukhrizMahathir


Siang tadi berlangsung Majlis penyampaian ganjaran sukan Malaysia (SUKMA) Ke XVII 2014 dan Pelancaran Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Serta Perjumpaan Dengan Ikon /Penggiat juga Guru-guru Sukan Negeri Kedah DarulAman yang disampaikan dan dirasmikan oleh YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir bertempat di Hotel Grand Alora, Alor Setar, Kedah.

Seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan negeri Kedah, pengikhtirafan dan ganjaran ini diberi kepada pengiat sukan negeri yang cemerlang dalam bidang sukan masing-masing. Ianya sebagai pembakar semangat untuk mereka terus cemerlang dan menjadi ikon kepada atlet lain untuk berjaya seperti mana mereka yang menerima ganjaran.

Di dalam majlis tersebut juga Dato Seri MB, melancarkan Piala YAB Menteri Besar Kedah yang akan berlangsung disetiap daerah negeri Kedah pada 22 februari ini. Tujuan utama liga ini ialah untuk mencari bakat baru disetiap daerah negeri Kedah, ianya bakal digilap dan berkemungkinan besar akan diserap ke pasukan utama negeri.


Tentunya ini merupakan perkembangan yang menarik untuk sukan bola sepak negeri. Kerana pertandingan bola daerah ini diwujudkan semula, setelah ianya telah lama diberhentikan oleh Kerajaan negeri terdahulu.

Dalam sidang media selepas majlis berakhir, Dato Seri Hj Mukhriz sempat berpesan kepada pengiat sukan, penyokong dan mereka yang terlibat dalam bidang sukan, supaya sentiasa menjaga tingkahlaku.

Nasihat beliau,

"Adab bersukan perlu dihayati, ia perlu diterapkan dikalangan atlet dan semua yang terlibat. Sambil kita mengejar glamor dalam sukan. Semangat kesukanan itu sangat penting. Jauhi perbuatan yang tak beretika dalam sukan".

"Kita kena jaga maruah negeri Kedah. Dengan cara itu, kita akan menjadi lebih cemerlang pada masa depan" sambung beliau lagi.

Ternyata pesanan beliau ditujukan kepada para atlet sukan negeri Kedah, dan juga pada penyokong, lebih-lebih lagi pada penyokong bola sepak Kedah.

Beliau risau akan insiden yang berlaku melibatkan penyokong Johor di stadium Larkin, kemungkinan ia boleh berlaku di Kedah jika nilai-nilai murni dalam sukan kita tidak terapkan secara baik.


Promote Page sahabat kita

Kalau nak like, sila LIKE dalam box bawah tu..

https://www.facebook.com/CeritaPasaiKedah


Isnin, 2 Februari 2015

Bila BN #Kedah Potong Balak?



Ada pihak yang mempertikaikan tentang lori-lori balak yang masih diatas jalan dan bawa balak keluar dari hutan ke kilang.

Aku nak bagitau, Kerajaan BN Kedah memang tak luluskan sebarang lesen balak semenjak jadi Kerajaan negeri Kedah.

Kalau ada lori balak masih berjalan, itu hanya menghabiskan sisa premium balak lama yang boleh dikeluarkan dalam kuantiti minimum, takut menyusahkan rakyat.

Perlahan-lahan balak dikeluarkan, hingga selesai dikawasan berkenaan.

Lagi satu kemungkinan besar pembalakan diatas tanah sendiri. Dia beli tanah untuk buat kilang atau ladang, ada pokok balak, soo.. syarikat swasta ni akan keluarkan balak sampai habis kemudian baru dimulakan pembinaan.

Lagi-lagi satu berkemungkinan ialah, balak haram. Teroka balak secara haram, sebab jarang lori balak jalan malam kecuali ada kes tertentu. Siapa nampak boleh laporkan kepada pihak berkuasa.

Nak pesan ni, kalau ada pihak yang sengaja membuat fitnah atau tuduhan, sila kepilkan bukti dan fakta. Sebab kalau kena saman nanti makan tak habis!!